Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga RM113 ke atas mana-mana individu yang menempatkan atau melindungi pemegang visa ziarah di mana-mana jenis kediaman.
Transcript
00:00Mana-mana individu yang menempatkan atau memberi perlindungan kepada pemegang visa ziarah di Arab Saudi bakal dikenakan denda sehingga RM113,000.
00:11Ia termasuk pemilik hotel, pangsapuri, rumah persendirian, pusat penginapan atau penempatan Haji di Mekah dan kawasan suci.
00:20Menurut agensi berita Arab Saudi, larangan itu berkuatkuasa dari 1 Zul Kaedah hingga 14 Zul Hijah iaitu dari 29 April hingga 10 Jun depan.
00:31Ia turut melibatkan sesiapa yang membantu pemegang visa ziarah tinggal secara tidak sah.
00:38Pada masa sama, kerajaan Arab Saudi turut memberi amaran bahawa jumlah penalti akan meningkat mengikut bilangan individu yang melanggar peraturan dengan cara ditempatkan, dilindungi atau dibantu.
00:50Sehubungan itu, orang ramai digesa mematuhi peraturan Haji bagi menjamin keselamatan Juma'ah dan kelancaran pelaksanaan rukun Islam kelima itu.
00:59Terima kasih telah menonton!

Recommended