Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Intro
00:00Sebanyak 2474 bekas ahli GISB Holdings termasuk 1410 kanak-kanak
00:18menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor.
00:23Pasangan kekasih yang videonya tular selepas mencuri barang kemas lebih 111 ribu ringgit di sebuah kedai emas di Shah Alam
00:32dicekup polis pada Jumaat.
00:37Penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di Kelantan sangat membimbangkan berdasarkan data tangkapan, reman
00:43dan sambitan yang menunjukkan tren peningkatan sejak 2022.
00:48SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengesan Pamela Lingyueh
00:55yang disyaki diculik ketika dalam perjalanan ke Pejabat Suruhanjaya itu di Putrajaya pada 9 April lalu.
01:05Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan
01:10atau kenyataan berkaitan isu antara Petronas dan Petros.
01:13Sementara itu Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata
01:20isu antara Petronas dan Petros berkenaan operasi di Terminal Minyak Miri akan ditangani melalui diplomasi.
01:30Para pengamal media di negara ini masih berdepan dengan pelbagai cabaran besar yang memerlukan perhatian segera
01:36walaupun kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2024 menunjukkan peningkatan.
01:46Kerajaan cadang wujudkan perkhidmatan kereta api kargo menghubungkan terus Kuala Lumpur ke Bangkok di Thailand
01:52bagi meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara sekaligus mengintegrasikan ekonomi ASEAN.
01:58Perdana Menteri Australia Anthony Albanese membuat penampilan umum pertamanya di sebuah cafe di Sydney
02:07sehari selepas kemenangannya dalam pilihan raya.
02:13Dua terbunuh dan tiga lagi cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan SUV
02:18merempuh pintu masuk lapangan terbang antarabangsa Ninoi Aquino di Manila pada Ahad.
02:23Sampai jumpa di video selanjutnya.

Recommended