Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tentera Pakistan melancarkan latihan peluru berpandu Abdali di tengah-tengah ketegangan dengan India susulan serangan di Kashmir.

Latihan ini bertujuan memastikan kesediaan operasi pasukan dan mengesahkan parameter teknikal utama misil.
Transcript
00:00Tentera Pakistan melancarkan latihan pelancaran sistem senjata peluru berpandu.
00:06Latihan itu diadakan di tengah-tengah ketegangan memuncak kedua negara susulan insiden serangan ganas di wilayah Kashmir bulan lalu.
00:18Tentera Pakistan dalam kenyataan berkata ia bertujuan memastikan kesediaan operasi pasukan.
00:23Selain itu mengesahkan parameter teknikal utama termasuk sistem navigasi canggih misil dan ciri keboleh upayaan yang dipertingkatkan.
00:33Difahamkan ujian itu melibatkan sistem senjata Abdali yang mempunyai jarak jangkauan sehingga 450km.
00:41Keupayaan senjata Pakistan ditunjukkan selepas Perdana Menteri India Narendra Modi memberi kebebasan penuh kepada Tentera India.
00:50Ia berkaitan pelancaran operasi tidak balas ke atas strategi Pahalgam yang meragut 26 nyawa kebanyakannya pelancong Hindu.
00:58New Delhi berulang kali menuding jari menyalahkan Pakistan atas kejadian itu.
01:03Bagaimanapun Pakistan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas tersebut, malah menggesa siasatan bebas dilancarkan.

Recommended