Pendaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh di laluan Banyu Urip, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat ditemui meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia pada Ahad, menurut pihak taman negara.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Jenazah Allahyarham Rani Abdul Ghani, rakyat Malaysia yang terjatuh di laluan toren Gunung Rinjani, Indonesia ketika aktiviti pendakian berjaya dibawa keluar pasukan mencari dan menyelamat SAR Indonesia pada pagi Ahad.
00:16Balai Taman Nasional Gunung Rinjani memaklumkan mangsa yang berusia 57 tahun itu dibawa ke jurang sekitar 80 meter jam 10.30 pagi waktu tempatan.
00:30Jenazah dihantar ke hospital polis di Mataram untuk proses bedah siasat sebelum dihantar pulang ke tanah air.
00:38Berdasarkan maklumat daripada jurupandu dan rakan mangsa, insiden berlaku kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu ketika sekumpulan pendaki berhenti untuk mengambil air minum di sumber mata air Banyu Urib, namun Rani didakwa terus berjalan dan tidak berhenti untuk berehat.
00:54Ketua kumpulan kemudian menyusul mangsa di laluan yang mempunyai tali susu tangan keselamatan untuk membantunya melintas.
01:02Semasa turun, mangsa didakwa tidak memegang tali susu tangan keselamatan di laluan itu dan pijakan kakinya meleset menyebabkan mangsa hilang keseimbangan dan jatuh ke arah kanan di laluan pendakian.
01:18Rani memulakan pendakian melalui laluan sembalun pada Khamis lalu bersama 23 pendaki.
01:24Terima kasih telah menonton!