Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan diseru berganding bahu bersama-sama kerajaan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat.

Perkara itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Transcript
00:00Masjid dan surau di wilayah Persekutuan diseru berganding bahu bersama-sama kerajaan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat.
00:09Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Muhammad Naim Mokhtar berkata, masalah kesihatan mental perlu ditangani secara holistik.
00:19Ini merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan rohani seiring pembinaan masyarakat madani.
00:26Ujah Naim pihaknya sedia maklum, di negara ini khususnya dalam kalangan wanita juga mempunyai gejala masalah mental.
00:35Jelasnya ini kerana pembinaan masyarakat madani bermula dari rumah.
00:39Oleh itu, wanita berperanan dalam keluarga, seterusnya masyarakat dan akhirnya negara.
00:45Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Timi Time at Masjid di Masjid Azubair Ibn Awam, Ceras pada Ahad.

Recommended