Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISBH) termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Transcript
00:00Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings, GISBH, termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor, MAIS.
00:15MAIS dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan program Insan Rabani itu dijalankan bermula 15 Februari lepas hingga Ogos 2025 melibatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.
00:27Program itu meliputi fasa pemulihan serta fasa pemantapan dan pengukuhan yang masing-masing berjalan selama 6 bulan.
00:35Ia seterusnya diikuti fasa pasca pemulihan serta fasa pemantauan dan khidmat sokongan.
00:41Selain itu, MAIS telah melaksanakan program pemulihan akidah bagi kanak-kanak GISB Holdings pada September hingga Disember tahun lepas.
00:49MAIS juga bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara MKN menganjurkan program rehabilitasi sukarela ahli GISB membabitkan 7 peserta dari negeri ini dan 11 peserta dari Johor pada 7 November 2024 hingga 4 Februari lepas.
01:06Terima kasih telah menonton!

Recommended