Lima lelaki, termasuk empat warganegara Iran, ditahan di England kerana disyaki merancang perbuatan keganasan.
Penahanan ini susulan pendedahan polis mengenai komplot yang menyasarkan sebuah premis.
Penahanan ini susulan pendedahan polis mengenai komplot yang menyasarkan sebuah premis.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Lima lelaki ditahan kerana disyaki membuat persiapan untuk melakukan serangan keganasan ke atas sebuah premis.
00:08Kesemua mereka yang berusia antara 29 hingga 46 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar England.
00:18Lapor media antarbangsa polis anti-keganasan telah menghubungi premis perkenaan untuk memaklumkan situasi serta memberikan nasihat dan sokongan.
00:27Bagaimanapun lokasi itu tidak didedahkan atas sebab operasi.
00:32Empat daripada lelaki yang ditahan pada Sabtu merupakan warga negara Iran manakala kewarganegaraan individu kelima masih dalam siasatan.
00:41Menurut polis, siasatan masih di peringkat awal dan pihaknya sedang meneliti pelbagai petunjuk.
00:46Ini bagi mengenalpasti motif serta menilai sama ada terdapat ancaman lanjut terhadap orang awam.