Wartawan veteran James Alexander Ritchie atau lebih dikenali sebagai James Ritchie meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, pada Sabtu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Wartawan veteran James Alexander Ricci atau lebih dikenali sebagai James Ricci meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada usia 75 tahun.
00:10Pemergian James disahkan oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Dun Sarawak, Datuk Seri Robert Jacob Ridu yang juga ahli keluarga mendiang.
00:19James merupakan penerima anugerah Hari Wartawan Nasional Hawana 2024 pada sambutan tahun lepas.
00:31Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan anugerah itu kepada James yang menabur bakti dalam dunia kewartawanan selama lima dekad sejak 1971.
00:41James memulakan kerjaya pada tahun 1970-an sebagai wartawan di meja jenayah dengan akhbar The New Street Times di Kuala Lumpur di mana beliau berpeluang bergaul dengan nama-nama besar yang mencorak hala tujuh media Malaysia.
00:57Antara jawatan media pernah disandang beliau ialah Wartawan New Street Times Sarawak pada 1981, Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan Ketua Menteri Sarawak 1998 dan Perunding Media untuk Sarawak Digest 2022.
01:13Jawatan lain termasuk penulis khas Sarawak Tribune pada 2022, Penasihat Editorial dan Pengarah Eksekutif Eastern Times 2006 dan Pengarah Eksekutif New Sarawak Tribune 2010.
01:28Jasa Mendiang sebagai individu penting dalam dunia penulisan dan kewartawanan melayakkan beliau menerima pengiktirafan antaranya menerusi Anugerah Emas Shell Kenyalang, Anugerah Akbar Azam dan Anugerah Emas Ang Lai Sud.