Kepimpinan Lawrence Wong bakal teruji
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada malam Sabtu dalam pilihan raya umum yang dijangka mengekalkan kuasa Parti Pemerintah Negara itu, Parti Tindakan Rakyat, PAP.
00:11Proses demokrasi itu sekaligus menjadi penanda aras penting terhadap keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Lawrence Wong.
00:21PAP telah memenangi setiap pilihan raya sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965.
00:28Wong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun lalu berharap untuk memperoleh mandat yang lebih kukuh selepas PAP mengalami kemerosotan sokongan dalam pilihan raya 2020, susulan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan.
00:42Pilihan raya ini juga merupakan ujian pertama buat Wong, 52 tahun, sejak menggantikan Lee Sien-Long yang berundur selepas dua dekad menerajui Singapura.
00:51The PAP's share of popular vote dipped to 61% in 2020 from 70% in 2015.
01:02Wong has appealed for a strong mandate to steer Singapore through a possible recession following US tariff hikes.
01:09A strong performance would boost his leadership.
01:13The outcome will also determine whether Singapore's one-party dominance could endure over the next decade.
01:19Pengunduran Sien-Long menandakan berakhirnya era dinasti politik keluarga Lee yang diasaskan oleh bapanya Lee Kuan Yew, pemimpin pertama Singapura yang membangunkan negara itu daripada jajahan kepada antara negara terkaya di dunia.
01:33Dikenali sebagai tatbik urus yang bersih dan berkesan, PAP dilihat sebagai simbol kestabilan dan kemakmuran.
01:40Namun walaupun kemenangan dijangka memihak kepada PAP, sokongan terhadap parti itu semakin terhakis akibat rasa tidak puas hati terhadap kawalan kerajaan yang ketat dan kos sara hidup yang tinggi.
01:50Jurang pendapatan yang semakin melebar, harga rumah yang tidak mampu milik, kesesakan akibat imigresen serta sekatan terhadap kebebasan bersuara turut menyumbang kepada cabaran terhadap cengkaman PAP dalam politik Singapura.