Kementerian Pendidikan Tinggi sedang meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah dan Sarawak serta menambah baik fasiliti sedia ada seperti asrama.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT sedang mengkaji kemungkinan untuk menambah bilangan kolej komuniti khususnya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
00:09Selain itu, Kementerian juga berusaha memperkukuh kemudahan sokongan seperti asrama bagi mempertingkat akses kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET.
00:18Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Qadir berkata, penilaian itu dibuat selepas lawatan kerja beliau ke kolej komuniti Buford pada Februari lalu yang mendedahkan keperluan menaik tarah prasarana dan meningkatkan kapasiti institusi sedia ada.
00:35Katanya sebelum menambah kolej baharu di kedua-dua negeri tersebut, keutamaan adalah memperkemas kemudahan seperti asrama di institusi yang sudah beroperasi agar pelajar di kawasan pendelaman tidak tercicir peluang pendidikan disebabkan kekangan logistik.
00:49Zamri turut mendekankan keunikan kolej komuniti PAPAR yang menawarkan program berkaitan teknologi maklumat dengan tumpuan terhadap bidang kecedasan buatan AI, satu bidang strategik dalam menghadapi landscape pekerjaan masa depan.
01:01Beliau merujuk dapatan Forum Ekonomi Dunia World Economic Forum yang menjaga sekitar 85 juta pekerjaan bakal digantikan oleh teknologi AI dan otomasi menjelang 2025.
01:12Ia sekaligus menuntut usaha segera dalam melatih dan memperlengkapkan semula tenaga kerja negara dengan kemahiran relevan.
01:19Ketika ini terdapat 106 kolej komuniti di seluruh negara dengan jumlah pelajar mencecah 18,435 orang setakat tahun lalu,
01:27sekaligus membuktikan peranan besar institusi ini dalam merapatkan jurang pendidikan di peringkat akar umbi.