Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan MADANI untuk menyokong pengkarya tempatan agar terus menghasilkan karya seni yang bermutu tinggi dan memperkukuh budaya Malaysia.
Transcript
00:00Kerajaan akan terus mempergiat usaha untuk menyokong anak-anak seni tempatan. Usaha ini bertujuan memastikan mereka mampu menghasilkan karya berbutuh tinggi dan menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara.
00:15Perdana Menteri Datuk Seriana Ibrahim menyatakan bahawa komitmen kerajaan dalam memperkukuh sektor seni dan budaya adalah antara perkara utama yang dibincangkan semasa pertemuannya dengan seniman terkenal Datuk M. Nasir di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat.
00:30Dalam pertemuan tersebut, Anwar dan M. Nasir berbincang mengenai pelbagai isu berkaitan industri kreatif termasuk kepentingan memertabatkan seni dan budaya tempatan agar ia terus relevan serta dihargai oleh generasi akan datang.
00:44Perdana Menteri juga menyampaikan pesanan kepada M. Nasir agar terus kekal kreatif dan bersemangat dalam menghasilkan karya yang memberi nilai tambah kepada dunia muzik tanah air.
00:53M. Nasir atau nama sebenarnya Muhammad Nasir Muhammad, 67 tahun, dikenali sebagai tokoh berpengaruh dalam perkembangan muzik dan seni kreatif Malaysia serta terkenal dengan karya-karya berintelektual dan berunsur ketuhanan.
01:07Selain bergiat aktif sebagai penyanyi dan komposer, M. Nasir turut dikenali sebagai pelakon, penulis lirik dan pengarah seni yang telah menyumbang secara signifikan kepada pengukuhan identiti budaya dalam dunia hiburan tempatan.
01:19Terima kasih telah menonton!