Donald Trump menyifatkan kelembapan ekonomi sebagai fasa peralihan sementara dan menjangkakan pertumbuhan kukuh akan kembali, meskipun data KDNK menunjukkan penyusutan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan ekonomi negara itu sedang melalui satu fasa peralihan.
00:06Beliau turut menjangkakan ekonomi akan berkembang dengan cemelang sambil memperkecilkan kemungkinan kesan daripada kemelesetan jangka pendek.
00:15Dalam temubual bersama NBC News, Trump berkata kemelesetan jangka pendek adalah boleh diterima.
00:21Beliau turut menyifatkan keadaan semasa sebagai satu tempoh peralihan yang akan membawa kepada kejayaan besar bagi ekonomi negara.
00:27Kenyataan beliau selari dengan hantaran terdahulu di media sosial di mana Trump menegaskan ekonomi Amerika berada di peringkat awal peralihan dan menekankan kadar pekerjaan yang masih kukuh sebagai petunjuk positif.
00:39Beliau turut mengulangi desakan agar Rizal Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebagai langkah sokongan terhadap pemulihan ekonomi yang sedang berlaku di negara itu.
00:49Setelah melepasi hari ke-100 dalam pentadbirannya, Trump kini berdepan tekanan awam yang meningkat terhadap cara beliau mengurus ekonomi terutamanya sesudah pelaksanaan pelbagai tarif baru.
01:00Pakar ekonomi memberi amaran tindakan tarif tersebut berisiko mendorong inflasi meningkat dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa sederhana.
01:08Tinjauan bersabar Reuters dan Ipsos menunjukkan hanya 42% responden memberikan respons baik terhadap prestasi Trump sebagai presiden menurun 5 mata peratusan sejak majlis angkat sumpah pada 20 Januari.
01:20Pada Rabu, Jabatan Perdagangan Amerika melaporkan penyusutan suku tahunan pertama dalam tempoh 3 tahun berdasarkan data awal keluaran dalam negara kasar KDNK yang menunjukkan aktiviti import besar-besaran sebelum pelaksanaan tarif.