Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Jabatan Negara AS meluluskan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120C-8 bernilai $3.5 bilion kepada Arab Saudi, melibatkan 1,000 unit dan sokongan logistik.
Transcript
00:00Jabatan Negara AS telah meluluskan kemungkinan penjualan ketenteraan kepada Arab Saudi yang melibatkan peluru berpandu udara ke udara.
00:09Nilai keseluruhan penjualan ini dianggarkan sebanyak 3.5 bilion dolar AS.
00:15Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon menyebut paket persenjataan yang ditawarkan kepada Arab Saudi dijangka melebihi 100 bilion dolar
00:22dan ia dijangka diumumkan secara rasmi sempena lawatan Presiden Donald Trump ke negara itu pada bulan Mei.
00:28Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkakan permintaan rasmi untuk membeli 1,000 unit peluru berpandu AIM-1208 jenis Advanced Medium Range Air-to-Air Missiles,
00:4050 bahagian panduan AMRAAM serta pelbagai peralatan sokongan termasuk alat ganti, bekas peluru berpandu, komponen gantian dan perkhidmatan logistik.
00:50Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan DSCA di bawah Pentagon telah mengumumkakan pemakluman kepada Kongres berhubung potensi penjualan ini pada Jumaat sebagai sebahagian daripada prosedur kelulusan rasmi.
01:03Walaupun kelulusan telah diberikan oleh Jabatan Negara, proses ini masih di peringkat awal kerana tiada kontrak dimetrai atau runingan dimutamatkan setakat ini.
01:12Pentagon terus memaklumkan bahawa syarikat utama yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan penjualan ini ialah RTX Corp yang juga dikenali sebagai RTX.N dalam pasaran saham.

Recommended