Seorang lelaki di Illinois, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 53 tahun atas jenayah kebencian setelah menikam mati seorang kanak-kanak Palestin-Amerika dan mencederakan ibunya dalam serangan bermotif Islamofobia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang lelaki dari Illinois, Amerika Syarikat, Joseph Chuba, dijatuhi hukuman penjara selama 53 tahun pada Jumat selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh seorang kanak-kanak lelaki warga Palestine Amerika berusia 6 tahun.
00:14Pernyataan pihak pendakwa menyebut dia turut mencederakan ibu mangsa dalam serangan bermotifkan kebencian yang berlaku pada Oktober 2023.
00:22Chuba yang berusia 73 tahun menikam dan membunuh Wadi Al-Fayumi serta mencederakan ibunya Hanan Shahin hanya beberapa hari selepas sekutu rapat Amerika Syarikat Israel melancarkan perang ke atas Gaza sesulan serangan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober 2023.
00:40Pihak pendakwa menyatakan serangan tersebut merupakan antara isiden jenayah kebencian paling awal dan paling kejam berlaku di Amerika Syarikat sejak tercetusnya konflik dan ia dipacu oleh kebencian terhadap umat Islam.
00:53Aktivis hak asasi di Amerika turut melaporkan peningkatan ketara dalam kejadian Islamophobia, kebencian terhadap warga Arab dan juga antisemitism sepanjang tempoh tersebut.
01:03Maklumat yang dikeluarkan oleh pendakwa raya meredahkan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Daerah Wil meliputi 30 tahun penjara bagi kesalahan membunuh Wadi, 20 tahun bagi cubaan membunuh ibunya dan tambahan 3 tahun untuk kesalahan kejenayah kebencian.
01:18Menurut pihak berkuasa, Cuba yang merupakan tuan rumah kepada Syahin dan anaknya telah menikah Wadi sebanyak 26 kali menggunakan pisau tentera bergigi sepanjang 7 inci.
01:29Manakala Syahin turut mengalami pelbagai luka serius dalam serangan yang berlaku di Plainfield Township, kira-kira 64km di barat daya Chicago.
01:38Terima kasih telah menonton!