Wisma Putra memantau rapi keadaan cuaca buruk di New Zealand dan mengesahkan tiada rakyat Malaysia tercedera setakat ini, selain menyalurkan maklumat bantuan konsular.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terjejas susulan cuaca buruk yang melanda beberapa wilayah di New Zealand.
00:08Antara kawasan yang terjejas termasuklah Wellington dan Canterbury.
00:13Wisma Putra memaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau situasi secara rapat
00:20dan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas.
00:26Kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di New Zealand akan sentiasa berwaspada mengikuti perkembangan terkini dari pihak berkuasa tempatan
00:35serta mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.
00:39Cuaca buruk yang melanda negara itu sejak 1 Mei menyaksikan Wellington dilanda angin kencang paling kuat dalam tempoh lebih sedekat
00:45yang mengakibatkan penutupan sekolah dan pejabat serta pembatalan penerbangan.
00:50Walaupun lapangan terbang antarabangsa Wellington telah kembali beroperasi, beberapa penerbangan masih terganggu,
00:55susulan keadaan cuaca yang belum pulih sepenuhnya.
00:59Kerajaan New Zealand pada 2 Mei memaklumkan bahawa kebanyakan amaran cuaca buruk telah ditarik balik
01:04namun bandar Christchurch dan daerah Selwyn masih berada dalam keadaan darurat
01:08berikutan banjir berterusan serta penutupan jalan di kawasan berisiko tinggi.
01:13Sebagai langkah sokongan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington turut menyediakan bantuan konsiler
01:18dan boleh dihubungi alamat dan talian yang tertera.
01:21Terima kasih telah menonton!