Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrhaim berkata, perkara itu disepakati menerusi perbualan telefon bersama Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr pada Jumaat.
Transcript
00:00Malaysia dan Filipina senada bahawa sebarang bentuk bantuan kemanusiaan kepada Myanmar perlu disalurkan tanpa sebarang diskriminasi atau sekatan.
00:11Perdana Menteri Datuk Suriano Ibrahim berkata perkara itu disepakati dalam perbualan telefon bersama Presiden Filipina Ferdinand Romualdes Marcos Jr. pada Jumaat.
00:21Dalam pada itu Anwar juga memaklumkan hasrat dan gesaan Malaysia supaya gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan.
00:30Anwar menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan bahawa beliau dan pemimpin yang juga dikenali sebagai Bongbong Marcos itu turut membincangkan beberapa perkara terkait ASEAN dan isu-isu global.
00:40Berkenaan soal tarif Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia boleh memanfaatkan kedudukannya selaku pengurusi ASEAN untuk menunjukkan kepentingannya kepada AS dalam rundingan tarif global.
00:53Dalam pada itu beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Marcos dalam menghadapi pilihan raya umum Filipina pada 12 Mei ini dan menzahirkan harapan untuk bertemu pada sidang kemuncak ASEAN nanti.

Recommended