Sebanyak 48 daripada 87 destinasi pelancongan di wilayah bergolak Kashmir ditutup kepada orang ramai bermula Selasa sebagai langkah memperketat kawalan keselamatan susulan insiden serangan berdarah terhadap pelancong minggu lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sebanyak 48 daripada 87 destinasi pelancongan di wilayah bergolak Kashmir ditutup kepada orang ramai bermula selasa sebagai langkah memperketat kawalan keselamatan sesulan insiden serangan berdarah terhadap pelancong minggu lalu.
00:15Menurut dokumen kerajaan, penutupan itu dilaksanakan oleh kerajaan wilayah Jamu dan Kashmir, India selepas kejadian di Pahalgam yang menyaksikan 26 orang terbunuh termasuk pelancong.
00:26Tiada tempoh ditetapkan bagi penutupan destinasi pelancongan tersebut, namun menurut dokumen berkenaan, kawalan keselamatan di lokasi yang masih dibuka juga telah diperketat.
00:39Kerajaan India sudah mengenalpasti dua daripada suspek sebagai pengganas yang berpangkalan di Pakistan dan terlibat dalam pemberontakan bersenjata di Kashmir, wilayah majoriti Muslim.
00:51Bagaimanapun, Pakistan menafikan sebarang penglibatan dan menesak siasatan bebas dijalankan.
00:56India sudah lama menuduh Pakistan menyokong kegiatan militan di Kashmir, satu wilayah yang dituntut oleh kedua-dua negara tersebut, namun ditakbir secara berasingan.
01:07Islamabad pula menegaskan sokongannya hanya bersifat moral dan diplomatik terhadap perjuangan rakyat Kashmir untuk menentukan nasib sendiri.
01:15Ketegangan antara dua kuasa nuklear itu kembali memuncak sejak kejadian serangan tersebut dengan pelbagai tindakan balas diambil oleh kedua-dua pihak.
01:26Antaranya, India bertindak menggantung Perjanjian Air Indus Penjanjian Penting Pembahagian Sungai, manakala Pakistan menutup ruang udaranya kepada syarikat penerbangan India.
01:35Wilayah Kashmir yang terletak di banjaran Himalaya dengan pemandangan Gunung Ganang yang indah dan taman-taman era Mughal, sebelum ini semakin menjadi tumpuan pelancong ekoran keberusutan angka keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
01:50Namun, serangan di Pahalgam itu menimbulkan suasana panik dan mendorong ramai pelancong untuk bergegas pulang walaupun musim pelancongan baru sahaja bermula.