Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Prosiding seterusnya berhubung kes tuntutan kumpulan Sulu dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rayuan Paris pada 7 Julai ini.
Transcript
00:00Proseding seterusnya berhubung kes tuntutan kumpulan Sulu dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rayuan Paris pada 7 Julai ini.
00:08Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Osman Syed,
00:14proseding itu akan meneliti kesahihan anugerah timbang tara terhadap Malaysia serta pelbagai aspek perundangan yang berkaitan.
00:21Beliau menegaskan Malaysia akan terus menggunakan semua hak dan sumber yang ada bagi melindungi kedaulatan serta kepentingan negara
00:31sambil memungutamatkan kes yang disifatkan sebagai penipuan oleh kumpulan Sulu.
00:37Beberapa keputusan penting sebelum ini turut memihak kepada Malaysia, termasuk tindakan Mahkamah Perancis membatalkan pengiktirafan anugerah awal,
00:46Mahkamah Agong Belanda menolak anugerah akhir dan sabitan terhadap penimbang tara Gonzalo Stampa oleh Mahkamah Rayuan Sepanyol.
00:55Kes ini membabitkan 8 warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu dan menuntut pampasan lebih $14.9 bilion Amerika daripada Malaysia.
01:06Mereka sebelum ini cuba menyita aset milik Petronas dan hartanah diplomatik negara di Eropah.
01:11Dalam kenyataan di Facebook, Azalina menyifatkan penolakan cabaran oleh Mahkamah Agung Perancis sebagai kemenangan bersejarah buat Malaysia.

Recommended