Meta Platforms melancarkan Llama API dalam usaha menarik pembangun menggunakan model AI Llama untuk membina produk tersuai dengan lebih mudah. API ini diumumkan semasa persidangan AI pertama Meta dan dijangka memperkukuh daya saing Meta dalam landskap teknologi global, bersaing dengan API dari OpenAI, Google, dan DeepSeek. Mark Zuckerberg menegaskan bahawa keterbukaan model Meta membolehkan pembangun memilih dan menggabungkan elemen terbaik dari pelbagai model AI sedia ada.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Meta Platforms mengumumkan pelancaran Lama API dalam usaha memudahkan pembangunan produk kejadasan buatan AI berasaskan model lama oleh komiti pembangun sekaligus mencabar dominasi penyedia API sedia ada seperti OpenAI, Google dan DeepSeek dari China.
00:19Menurut Ketua Pegawai Produk Meta, Chris Cox, API ini membolehkan pembangun mula menggunakan lama hanya dengan satu baris kod.
00:26Perkara itu diumumkan semasa persidangan pembangun AI pertama anjuran Meta pada selasa.
00:34API membolehkan teknologi diintegrasi dengan mudah ke dalam produk lain dan menjadi sumber pendapatan utama bagi syarikat seperti OpenAI.
00:43Namun, Meta mengambil pendekatan berbeza dengan menyediakan model lama secara percuma untuk penggunaan pembangun dengan matlamat jangka panjang memperkukuh ekosistem dan menarik lebih ramai pengguna ke platform sosial mereka.
00:56Menurut naik presiden AI Meta, Manohar Palluri, pembangun mempunyai kawalan penuh terhadap model yang mereka sesuaikan menerusi API ini.
01:05Selain API, Meta turut melancarkan aplikasi pembantu AI sendiri dan merancang untuk menguji perkhidmatan langganan berbayar bagi chatbot AI mereka pada suku kedua tahun ini.
01:15Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, menyambut baik persaingan daripada model persaing seperti DeepSeq dan Quen.
01:23Beliau juga menekankan bahawa keterbukaan API Meta membolehkan pembangun memilih komponen terbaik dari pelbagai model AI.
01:30Pengguna juga boleh menggabungkan kecerdasan dari pelbagai model untuk hasil terbaik.
01:34Terima kasih.
01:35Terima kasih.