Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pada Mac 2023 Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memperkenalkan e-invois mandatori kepada semua perniagaan berdaftar.

Walaupun perniagaan dengan pendapatan tahunan di bawah
RM150,000 dikecualikan, bermula 1 Januari 2026, semua peniagaan dalam talian, tidak kira jumlah pendapatan perlu melaksanakan e-invois.

Untuk lebih memahami bagamana impak kepada pengusaha dalam talian mikro, DARE telah menjalankan tinjauan kepada 516 pemilik peniagaan dalam talian dengan pendapatan tahunan di bawah RM150,000.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya akan teruskan lagi satu perkongsian data oleh Dan untuk melihat, kalau kita lihat di sini, apa yang boleh saya kongsikan antara data untuk melihat keadaan e-invoice setakat ini.
00:11Apabila kita bercakap mengenai e-invoice, bagaimanakah pemahaman peniaga, terutamanya peniaga online ataupun dalam talian ketika ini untuk kita saksikan apa yang mereka faham ataupun sedar tentang e-invoice setakat ini.
00:25Dan ini adalah laporan daripada Badan Pemikir Data Matrix Research and Information Center untuk melihat bagaimanakah pandangan ataupun kita lihat POV, usahawan tentang e-invoice setakat ini.
00:38Dan apa kata mereka melihat kepada 94.7% mahu pengecualian e-invoice.
00:44Ini adalah pendapat daripada peniaga online berkata hampir mencecah 100% mahu dikeluarkan daripada mewajibkan mereka untuk membayar e-invoice.
00:55Sebab mereka adalah 87.3% mengatakan e-invoice ini terlalu rumit, complicated untuk mereka faham dan laksanakannya.
01:03Dan 12.7% mengatakan e-invoice ini mengelirukan. Ini adalah antara dua sebab utama kenapa peniaga online mahu dikecualikan daripada pelaksanaan e-invoice.
01:16Selepas ini, daripada kesedaran dan juga pemahaman mereka, kita lihat antara paling tinggi.
01:2178.1% bimbang operasi harian mereka akan terjejas kerana mereka, kalau kita lihat peniaga banyak fikirkan untung hari ke hari.
01:31Tetapi daripada segi e-invoice, tambahan ini adalah mungkin tambah ekstra work kepada mereka.
01:36Jadi inilah hampir mencecah 80% bimbang e-invoice ini akan mengganggu pekerjaan harian mereka.
01:43Manakala 59.9% hampir mencecah 60%.
01:47Lebih daripada separuh, langsung tak pernah dengar pasal e-invoice dan 40.1% respondent tahu tentang e-invoice.
01:56Itu sahaja yang mereka tahu. Mereka tidak melakukan apa tapi mereka hanya tahu kewujudan tentang e-invoice ini adalah kewajipan untuk mereka lakukan untuk setiap pemilik perniagaan.
02:07Dan tindakan yang mungkin diambil daripada peniaga online ini.
02:11Mereka berkata 31.6% akan berhenti berniaga dalam talian disebabkan e-invoice dan 24.6% tidak akan patuh terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh LHDN.
02:23Dan 22.7% akan cari cara untuk patuh bagaimana untuk kita pastikan e-invoice ini dipenuhi.
02:30Dan 21.1% akan tunggu dan lihat wait and see.
02:35Berlihat kepada mereka akan lihat apakah antara pengumuman lain yang akan diumumkan.
02:41Kerana mungkin mereka merasa mereka kurang faham.
02:44Ini agak complicated.
02:45So mereka memerlukan proses yang lama untuk pemahaman serta melaksanakan e-invoice ini.
02:51Dan kalau kita lihat kerajaan digesa untuk mengkaji semula dan meminda rangka kerja e-invoice sedia ada.
02:57Dengan mencualikan perniagaan kecil dalam talian yang berpendapatan tahunan RM150,000 atau kurang.
03:04Sebuah kebulan advokasi pengguna global pusat pilihan pengguna CCC dalam satu kenyataan menyuarakan kebimbangan terhadap layanan tidak adil terhadap perniagaan kecil.
03:12berdasarkan saluran jualan mereka fizikal atau dalam talian yang meletakkan bebanan tidak perlu ke atas usahawan mikro dan kecil dalam talian.
03:21Menurut kenyataan itu ketidaksamaan ini juga boleh menyebabkan peningkatan kos yang akhirnya dibebankan kepada pengguna.
03:27Sekaligus menjejaskan harga produk dan kepelbagaian pilihan di pasaran.
03:31Terima kasih telah menonton!

Recommended