Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perancis menuduh Rusia sebagai penghalang utama kepada gencatan senjata segera di Ukraine dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. Menteri Luar Perancis turut mendedahkan siri serangan siber yang dilancarkan oleh unit perisikan tentera Rusia ke atas institusi penting Perancis, termasuk semasa pilihan raya presiden 2017. Ukraine pula menolak tawaran gencatan senjata Rusia yang dianggap tidak ikhlas dan menegaskan tidak akan tunduk kepada tekanan Moscow.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik berita antarabangsa, Perancis menuduh Rusia sebagai penghalang utama kepada genjatan senjata segera di Ukraine serta mendakwa Moskow melancarkan serangan saiber ke atas institusi penting negara itu.
00:12Ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Selasa, Menteri Luar Perancis John Noel Barrett menyifatkan Rusia sebagai satu-satunya halangan kepada keamanan di Ukraine dan mendesak agar genjatan senjata dilaksanakan tanpa syarat.
00:30Perancis juga berharap PBB akan bersatu menyokong satu gencatan senjata menyeluruh dan serta-merta.
00:38Namun, Dota Rusia ke PBB Vasily Nebenzia berkata negaranya masih terbuka kepada rundingan dan mengumumkan carangan gencatan senjata bermula 7 hingga 11 Mei yang disifatkan Ukraine sebagai tidak ikhlas.
00:52Timbalan Menteri Luar Ukraine Mariana Vetsa berkata jika Rusia benar-benar mahukan keamanan, mereka boleh melaksanakannya secara serta-merta.
01:01Tegasnya, Ukraine tidak akan menerima keamanan yang menafikan kedaulatan negara mereka.
01:06Dalam pada itu, Barrett turut mendedahkan bahawa Perancis menjadi sasaran serangan saiber oleh agensi perisikan tentera Rusia GRU sejak konflik bermula.
01:15Menurut Kementerian Luar Perancis, unit GRU yang dikenali sebagai APT28 yang berpangkalan di Rostov-en-Don telah menjalankan serangan ke atas pelbagai entiti sejak 2015.
01:28Termasuk serangan ke atas stesen TV5, monday dan kebocoran data semasa pilihan raya presiden 2017.
01:36Laporan oleh Agensi Keselamatan Cyber Negara Perancis, ANSSI, turut mendedahkan APT28 cuba mendapatkan maklumat strategik dari pelbagai institusi penting di Eropah.
01:48Terima kasih telah menonton!

Recommended