Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Transcript
00:00Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Expo Kerjaya Mega My Future Jobs 2025 yang berlangsung di Aziata Arena, Bukit Jalil.
00:10Program manjuran perkeso ini membuka ruang kepada pencari kerja dari pelbagai latar belakang bagi mencari peluang kerjaya lebih baik.
00:18Iaitu ikuti laporan disediakan wartawan Esrawani, Amzalif.
00:22Di tengah-tengah kesesakan dan kesibukan dalam Expo ini terselit kisah luar biasa.
00:29Ibu bapa yang sanggup beratur demi peluang kerjaya, keraduan baru yang masih mencari permulaan hidup.
00:36Malah ada mereka yang mengimpikan kehidupan lebih baik dengan beralih ke haluan baru.
00:41Di dalam ini mengimpunkan lebih 150 majikan menawarkan harapan baru buat mereka ini tanpa perlu menghabiskan wang dan juga masa berpindah dari satu temuduga ke satu temuduga.
00:51Buang mereka yang hadir hari ini, Expo ini bukan sekadar peluang, malah ia soal harapan dan juga kehidupan baru.
01:00Keraduan Muda Duta Akashah baru menamatkan pengajian, datang dari jauh berbekalkan harapan untuk mencari titik permulaan bagi masa depan yang lebih cerah.
01:20Saya sebenarnya dari Sabah dan program ini banyak membantu sebab tujuan saya datang ke sini untuk mencari kerja.
01:30Saya adalah first graduate. Tujuan saya datang ke sini untuk satu interview sahaja tapi dengan adanya program ini saya dapat buka peluang lebih banyak sebab ada banyak syarikat yang saya boleh direct interview.
01:43Di sebalik wajah tenang Azman Bakri tersembunyi kisah perjuangan seorang bapa yang perlu bangkit untuk menyara empat orang anak di tengah-tengah cabaran kos hidup yang meningkat.
01:53Kami ni satu syarikat telah diberhentikan kerja. Lepas tu dapat tahu yang dekat sini ada My Job Future.
02:04So kita orang datang sini untuk cari kerjaan baru untuk menampung kos hidup sekarang.
02:11Hafiz Razif pula antara warga pekerja yang memilih untuk bergerak ke hadapan mencari haluan baru dari sebuah masa depan yang lebih stabil dan terjamin.
02:21Pada pendapat saya program My Future Jobs ni sangat bagus untuk orang yang macam ingin mencari peluang baru, pekerjaan baru ataupun sekadar untuk eksploran, positif lah.
02:37And also booth yang ada dekat sini sangat membantu. Dia dari segi jawatan yang ingin dicari, dia memberi penerangan yang mendalam.
02:49Di tengah cabaran dan ketidakpastian, setiap peluang yang terbuka hari ni membawa lebih daripada sekadar pekerjaan.
02:55Ia membawa harapan untuk keluarga dan masa depan yang lebih cerah.
02:59Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri ekspo kerjaya Mega My Future Jobs at Hari Pekerja 2025 yang akan berlangsung sehingga 1 Mei ini.

Recommended