Ahli parlimen demokratik tuntut pembebasan pelajar Columbia yang ditahan kerana protes Pro-Palestin
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Beberapa ahli Parlimen Demokrat termasuk Senator Bernie Sanders, Chris Van Hollen dan Rashida Laib berhimpun di Ibu Negara Amerika Syarikat pada selasa menuntut pembebasan Mohsen Mahdawi, pelajar Universiti Columbia yang ditahan semasa menghadiri temuduga permohonan ke warga negaraan Amerika Syarikat.
00:19Mahdawi yang dilahirkan dan dibesarkan di kamp pelarian di Tebing Barat merupakan pelajar Universiti Columbia dan merancang untuk menyambung pengajian peringkat sarjana pada musim luruh 2025. Beliau ditahan kerana penglibatannya dalam protes pro-Palestin.
00:35Sebelum ini, seorang hakim persekutuan di Vermont mengarahkan pentadbiran Donald Trump untuk tidak mengusir Mahdawi atau membawanya keluar dari Vermont.
00:47Kes Mahdawi mencerminkan situasi serupa dengan aktivis pelajar Palestine Mahmoud Khalil yang juga pelajar Universiti Columbia.
00:54Khalil ditahan pada 8 Mac dan dibawa ke pusat tahanan di Louisiana untuk proses pengusiran.
00:59Hakim imigresen di Louisiana memutuskan bahawa Khalil boleh diusir membenarkan pentadbiran Trump meneruskan usaha untuk pengusiran pelajar asing pro-Palestin yang berada di Amerika secara sah dan tidak didakwa atas sebarang jenayah.
01:13Pegawai Trump menyatakan bahawa pemegang visa pelajar boleh diusir kerana sokongan mereka terhadap Palestine dan kritikan terhadap tindakan Israel dalam perang di Gaza dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai ancaman kepada dasar luar Amerika.
01:25Pengkritik Trump menyifatkan usaha ini sebagai serangan terhadap hak kebebasan bersuara di bawah pindaan pertama pelembagaan negara itu.
01:33Senator Bernie Sanders dan ahli delegasi Kongres Vermont lain menyifatkan penahanan itu sebagai tidak bermoral, tidak berperi kemanusiaan dan tidak sah.
01:43Tambahnya penduduk sah Amerika harus diberikan proses undang-undang yang sewajarnya dan dibebaskan segera.
01:49Pentadbiran Trump telah menolak perintah mahkamah lain berkaitan isu imigresen.
01:55Terima kasih kerana menonton!