Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Tiga individu disahkan maut dalam satu insiden tembakan yang berlaku di bandar Uppsala, Sweden pada Selasa, menurut pihak polis yang kini melancarkan siasatan pembunuhan.
Transcript
00:00Tiga individu disuahkan maut dalam satu insiden tembakan yang berlaku di Bandar Uppsala, Sweden.
00:06Menurut jurucakap polis, setakat ini pihaknya belum mempunyai maklumat yang mungkin mengaitkan keceritaan itu dengan sebarang unsur keganasan atau jenayah kebencian.
00:19Polis berkata pihaknya menerima maklumat bahawa seorang individu telah meninggalkan lokasi kejadian menggunakan skuter elektrik namun sama ada individu ini merupakan suspek,
00:29saksi atau mempunyai kaitan lain dengan insiden masih belum jelas.
00:34Identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan pihak berkuasa enggan membuat spekulasi berhubung motif pembunuhan tersebut.
00:41Skuter elektrik sebelum ini pernah digunakan sebagai kaedah melarikan diri dalam beberapa kejadian tembakan berkaitan geng di Sweden.
00:49Uppsala yang terletak kira-kira 40 minit pemanduan dari ibu negara Stockholm pernah merekodkan pelbagai insiden seumpama itu dalam tempoh sedekat lalu,
00:58namun kebanyakannya berlaku di kawasan pinggir bandar dan bukan di pusat bandar seperti kali ini.
01:04Menteri Kehakiman Sweden Gunnar Stromer berkata kementeriannya kini berhubung rapat dengan pihak polis dan sedang memantau rapi perkembangan kes.
01:12Polis sebelum itu memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang mendengar bunyi timbakan di pusat bandar dan pasukan kecemasan segera digerakkan ke lokasi kejadian.
01:22Saksi berkata mereka mendengar lima das timbakan dan melihat orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.
01:29Media tempatan termasuk agensi berita TT melaporkan kejadian dipercayai berlaku berhampiran atau di dalam sebuah salur rambut.
01:38Sweden kini berdepan gelombang keganasan berkaitan kumpulan geng sejak lebih sedekat lalu termasuk peningkatan kes timbakan.
01:44Kerajaan minoriti berhaluan kanan yang memerintah sejak 2022 telah memperketatkan undang-undang dan memperluaskan kuasa polis sebagai sebahagian usaha menangani isu berkenaan.

Recommended