Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Hakim persekutuan di Boston, Amerika Syarikat (AS) menetapkan 21 Julai ini untuk mendengar kes yang difailkan oleh Universiti Harvard terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump.
Transcript
00:00Hakim Persekutuan di Boston AS menetapkan 21 Julai ini untuk mendengar kes yang difilkan oleh Universiti Harvard terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:11Kes ini berkaitan dengan pembekuan dana Persekutuan bernilai lebih daripada $2 bilion Amerika yang disifatkan Harvard boleh mengancam penyelidikan penting dalam bidang perubatan dan sains.
00:21Universiti Harvard mendakwa pembekuan dana ini adalah tindakan tidak sah yang melanggar hak kebebasan bersuara di bawah pindaan pertama Perlembagaan Amerika.
00:34Namun pentadbiran Trump menyatakan dana tersebut dibekukan kerana Harvard gagal melangani isu antisemitisma di kampusnya.
00:41Kes ini telah menarik perhatian ramai kerana ia melibatkan isu-isu besar seperti kebebasan akademik, hak sivil dan hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan institusi pendidikan tinggi.
00:53Harvard juga menolak tuntutan pentadbiran Trump untuk mengubah struktur pentadbiran, amalan pengambilan pekerja dan dasar kemasukan pelajar antarabangsa.
01:00Dalam satu kenyataan, Presiden Harvard, Alan Garber menyatakan tiada kerajaan tanpa mengira parti politik berhak menentukan apa yang boleh diajar oleh universiti swasta, siapa yang boleh diterima masuk dan bidang kajian yang boleh diterokai.
01:16Kes ini dijangka menjadi perdebatan hangat di mahkamah dengan kedua-dua pihak bersedia mengemukakan hujah masing-masing.
01:22Keputusan kes ini akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada Harvard tetapi juga kepada institusi pendidikan tinggi lain yang menerima dana Persekutuan.

Recommended