Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Amerika Syarikat memberi amaran kepada Rusia dan Ukraine agar segera mengemukakan cadangan konkrit untuk menamatkan konflik yang berlarutan, atau berisiko menyaksikan AS menarik diri sepenuhnya daripada peranan sebagai pengantara damai.
Transcript
00:00Amerika Syarikat memberi amaran kepada Rusia dan Ukraine agar segera mengemukakan cadangan konkret untuk menamatkan konflik yang berlarutan atau ia berisiko menyaksikan Amerika Syarikat menarik diri sepenuhnya daripada peranan sebagai pengantara damai.
00:14Amaran itu dikeluarkan selepas beberapa hari Presiden Donald Trump meluahkan rasa tidak puas hati secara terbuka terhadap kelewatan perkembangan rundingan damai antara kedua-dua negara.
00:24Jurucakap Jabatan Negara Tammy Bruce berkata, seterusnya negara Marco Rubio menegaskan bahawa sudah tiba masanya kedua-dua pihak bertelagah menyatakan dengan jelas rancangan mereka untuk menamatkan perang.
00:39Kenyataan menyusul susulan laporan bahawa Rusia sekali lagi melancarkan serangan pada malam hari menggunakan drone ke atas kawasan awam di Ukraine mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
00:51Pegawai Ukraine pula menolak pengumuman Presiden Rusia Vladimir Putin yang mengisytiharkan gecata senjata sementara selama 72 jam minggu depan dan menyifatkannya sebagai taktik untuk mengelirukan Washington.
01:04Putin pada Israel mengumumkan gecata senjata itu sempena sambutan hari kemenangan Rusia terhadap Nazi Jerman pada tahun 1945.
01:12Namun cadangan gecata senjata 30 hari yang diusulkan oleh Amerika Syarikat dikatakan telah ditolak secara tidak langsung oleh Rusia yang mendetakkan beberapa syarat tambahan.
01:24Ukraine sebaliknya dilaporkan bersedia menerima cadangan tersebut tanpa syarat.
01:28Penganalisis Barat berpendapat Putin mahu mengelak daripada rasa malu sekiranya berlaku serangan balas Ukraine semasa sambutan hari kemenangan yang biasanya dihadiri oleh pemimpin asing di Moskow.

Recommended