Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS di Rio de Janeiro pada Selasa berakhir tanpa kenyataan bersama.
Transcript
00:00Sementara itu, mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS di Rio de Janeiro pada selasa berakhir tanpa sebarang kenyataan bersama.
00:06Bagaimanapun, negara pengurusi Brazil mengeluarkan kenyataan yang menzahirkan kebimbangan terhadap dasar pelindungan perdagangan global.
00:15Dalam kenyataan itu, Brazil memaklumkan bahawa para Menteri Luar Negara-Negara BRICS menyuarakan kebimbangan serius terhadap prospek ekonomi global yang berpecah belah serta kelemahan sistem multilateral.
00:27Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah kebimbangan global berikutan pendekatan dasar perdagangan baru yang menumpukan kepada tarif oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:39Walaupun Amerika Syarikat tidak disebut secara langsung dalam kenyataan tersebut, langkah tarif itu telah menimbulkan kegusaran mengenai kemungkinan kelembapan ekonomi global.
00:49Kumpulan BRICS yang diperluas kini merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan serta ahli baharu iaitu Mesir, Arab Saudi, Amerika Arab Bersatu, UAE, Ethiopia, Indonesia dan Iran.
01:05Gabungan ini kini berdepan cabaran besar berikutan tindakan perdagangan Amerika Syarikat.
01:09Menteri Hal Ehwal Luar Brazil, Mauro Vieira berkata, Menteri-Menteri Luar BRICS telah mencapai kata sepakat berhubung isu tarif dan ia dapat dilihat menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Brazil.
01:22Beliau turut mengalumkan bahawa negara-negara anggota kini sedang berusaha untuk mengeluarkan kenyataan bersama rasmi sempena sidang kemuncak BRICS yang dijadual berlangsung Julai ini juga di Rio de Janeiro.

Recommended