Malaysia memohon kepada Amerika Syarikat (AS) supaya memberikan ruang kepada semua negara ASEAN untuk mengusahakan penyelesaian berhubung tarif timbal balas yang dikenakan AS, melalui mekanisme hubungan dua hala masing-masing, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia memohon kepada Amerika Syarikat supaya memberikan ruang kepada semua negara ASEAN untuk mengusahakan penyelesaian berhubung tarif timbal balas yang dikenakan Amerika melalui mekanizem hubungan dua hala masing-masing.
00:13Pendirian itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet dan dari Singapura Lawrence Wong dalam perbualan telefon secara berasingan pada Selasa.
00:24Membincangkan mengenai perdagangan serantau khususnya berkaitan isu tarif berkenaan, Perdana Menteri memaklumkan kepada kedua-dua pemimpin itu bahawa Malaysia menghantar wakil melalui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdaaziz untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua negara.
00:45Katanya Malaysia turut menyorakan pendirian kohesif ASEAN dalam isu tarif balas ini dan menggesa Amerika Syarikat melihat ASEAN sebagai satu ketumbukan dalam pertimbangannya berhubung isu tarif dan dasar perdagangan yang lain.
01:00Berpaksikan semangat persahabatan dan prinsip kepusatan ASEAN, Anwar berkata beliau percaya usaha bersama ini akan melimpahkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat rakyat di seluruh rantau ini.
01:11Perdana Menteri dalam kenyataan di Facebook berkata dalam perbualan itu juga beliau memaklumkan hasil pertemuannya dengan pengurusi Majlis Pentadbiran Negara SAC Myanmar, General Kanan Ming On Ling dan pemimpin Kerajaan Pepaduan Nasional NUG Myanmar, Mah Wing Kang Tan di Bangkok baru-baru ini.
01:31Katanya kedua-dua Perdana Menteri itu menyorakan sokongan dan menyambut baik pertemuan berkenaan yang dilihat sebagai kemajuan penting ke arah usaha damai yang berkekalan di Myanmar.
01:40Jelasnya mereka teruk menyokong usaha Malaysia selaku pengurusi ASEAN untuk meneruskan dialog dengan semua pihak berkepentingan demi menjamin keselamatan petugas kemanusiaan dan membawa keamanan kepada rakyat Myanmar.
01:53Terima kasih telah menonton!
01:55Terima kasih telah menonton!