Indonesia menggesa BRICS memainkan peranan yang lebih aktif dan membina dalam mempromosikan keamanan serta menegakkan norma global.
Bercakap pada Mesyuarat Menteri Luar BRICS (FMM) di Rio De Janeiro, Menteri Luar Indonesia, Sugiono turut memberi amaran bahawa tindakan unilateral dan pelanggaran undang-undang antarabangsa berisiko memperdalam ketidakpercayaan global dan meluaskan jurang ketidaksamaan.
Bercakap pada Mesyuarat Menteri Luar BRICS (FMM) di Rio De Janeiro, Menteri Luar Indonesia, Sugiono turut memberi amaran bahawa tindakan unilateral dan pelanggaran undang-undang antarabangsa berisiko memperdalam ketidakpercayaan global dan meluaskan jurang ketidaksamaan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Indonesia menggesa BRICS memainkan peranan yang lebih aktif dan membina dalam mempromosikan keamanan serta menegakkan norma global.
00:08Bercakap pada mesyuarat Menteri Luar BRICS FMM di Rio de Janeiro, Menteri Luar Indonesia Sugiono turut memberi amaran bahawa tindakan unilateral dan pelanggaran undang-undang antarabangsa berisiko memperdalam ketidakpercayaan global dan meluaskan jurang ketidaksamaan.
00:25Beliau memberi contoh situasi berterusan di Gaza sebagai bukti nyata kegagalan masyarakat dunia dalam mempertahankan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
00:38Menurutnya BRICS mesti berada di barisan hadapan dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa dengan penguatkuasaan undang-undang mesti adil, konsisten dan bebas daripada duit standard.
00:50Malah tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.
00:53Sugiono menekankan kepentingan melindungi institusi undang-undang antarabangsa daripada penguatkuasaan terpilih dan campur tangan politik.
01:03Subungan itu tegasnya keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ mesti dihormati dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNSC, harus diperkasa untuk melaksanakan mandatnya secara berkesan.
01:16Sugiono turut mengumumkan komitmen Indonesia untuk menyertai Bank Pembangunan Baru NDB yang dahulunya dikenali sebagai Bank Pembangunan BRICS sebagai tanda sokongan negara itu dalam memperluaskan akses kepada pembiayaan pembangunan bagi negara-negara selatan global.
01:33Mesyuarat Menteri Luar BRICS turut membincangkan isu-isu strategi global termasuk perkembangan politik dan keselamatan serantau, reformasi tadbir urus global serta peranan negara membangun dalam memperkukuhkan multilateralism.
01:47Terima kasih.
01:49Terima kasih.
01:51Terima kasih.