Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata kerajaan telah mengenal pasti pegawai yang terlibat dalam kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan telah mengenalpasti pegawai yang terlibat dalam kesilapan memaparkan jalur gemilang dalam laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM baru-baru ini.
00:11Ketua Setiausaha Negara KSN, Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar berkata, siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam GPA.
00:23Menurutnya, kesemua yang terlibat itu telahpun dikenalpasti yang mana ada dua kumpulan iaitu atas dan di bawah grid 48.
00:34Pegawai di bawah grid 48 akan dikendalikan kementerian pendidikan manakala grid atas 48 akan diambil tindakan oleh JPA.
00:44Syamsul Azri berkata, tindakan yang akan diambil berdasarkan peraturan di bawah Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tata Teriktib 1993.
00:56Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana kecedasan buatan AI dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dalam laporan analisis itu menunjukkan jalur gemilang yang salah.
01:07Susulan itu, Kementerian Pendidikan turut memohon maaf atas kesilapan tersebut dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.