Peguam yang mewakil seorang lelaki OKU yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada Februari lepas, memohon untuk suspek dirujuk kepada pakar psikiatri.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang lelaki orang kurang upaya OKU yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batangkali, Hulus Lango, Februari lepas, dimohon untuk dirujuk kepada pakar psikiatri.
00:14Peguam Ling Suaran Singh, mewakili tertuduh berumur 19 tahun, memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Session Ampang, Nursila Kamarudin, permohonan dibuat mengikut Seksyen 342 Kanon Tata Cara Jenayah, KTJ.
00:30Katanya, sepanjang interaksi dengan tertuduh dan setelah dimaklumkan ibu tertuduh serta disokong dengan penilaian psikologi, tertuduh menunjukkan tingkah laku dan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keraguan munasabah.
00:43Kesemua perbuatan itu menunjukkan tertuduh berkemungkinan besar mengalami masalah kewarasan dan tidak berupaya membela diri.
00:52Mahkamah kemudian menetapkan 22 Julai untuk sebutan semula kes bagi status laporan pemeriksaan kesihatan mental tertuduh.
00:58Laporan perubatan mangsa dan laporan rakaman Forensik CCTV.
01:03Ketika proseding, timbalan pendakwa raya Nadia Malik Fauzi memaklumkan mahkamah, laporan Forensik CCTV dan laporan perubatan mangsa dari Hospital Selayang masih belum siap.
01:15Tertuduh menukar pengakuannya kepada tidak bersalah pada sebutan kedua kes pada 27 Mac lepas.
01:20Lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun 8 bulan di sebuah masjid di Batangkali pada 21 Februari lepas.
01:31Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14, Subseksyen A, Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017
01:38yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga hukuman sebat jika sabit kesalahan.
01:44Terima kasih telah menonton!