Stesen radio popular ERA anjur majlis rumah terbuka “Kenduri Raya ERA” yang berlangsung meriah di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dalam itu, stesen radio popular ERA terus mengukuhkan hubungan dengan para pendengar serta rakan industri muzik
00:06menerusi pengajuran Majlis Rumah Terbuka Kenduri Raya ERA yang berlangsung meriah di rumah tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur.
00:14Majlis eksklusif itu menghimpunkan kira-kira 20 pendengar terpilih yang dipilih menerusi satu peraduan kreatif di laman rasmi ERA
00:21selain kehadiran wakil-wakil dari pelbagai syarikat rakaman muzik Tanah Akhir.
00:25Ia bertujuan menghargai sokongan padu yang diberikan terhadap kandungan, acara dan program ERA sepanjang tahun.
00:34Menurut pengurus jenama ERA, Azah Sahrin, sokongan daripada pendengar dan rakan industri amat penting dalam memastikan ERA kekal relevan
00:42dan terus menjadi pilihan utama pendengar di seluruh negara.
00:46Pendengar yang hadir ke Kenduri Raya ini dipilih melalui satu peraduan istimewa di mana mereka perlu mengisi maklumat pribadi dan mencipta slogan paling kreatif.
00:54Redo ERA katanya sangat tersentuh dengan komitmen dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh pendengar setia.
01:02Beliau turut menekankan bahawa hubungan ERA dengan syarikat rakaman muzik akan terus diperkukuh demi memastikan lagu-lagu yang diputarkan di ERA selari dengan cita rasa pendengar masa kini.
01:12Jelasnya mereka bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memperkenalkan bakat baharu tetapi turut menjadi antara tulang belakang kepada perkembangan industri muzik Tanah Air.
01:21ERA turut berhasrat meneruskan tradisi Kenduri Raya ini pada masa akan datang sebagai tanda perhargaan buat mereka yang sentiasa menyokong perjuangan ERA dalam dunia penyaraan muzik radio.
01:32Terima kasih.
01:33Terima kasih.
01:34Terima kasih.