Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bersetuju untuk mencapai kemajuan “segera dan bermakna” ke arah perdagangan yang “saling memahami dan seimbang” dalam satu mesyuarat dua hala di Washington pada Khamis, menurut Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat dan Korea Selatan bersetuju untuk mencapai kemajuan segera dan bermakna ke arah perdagangan yang saling memahami dan seimbang dalam satu mesyuarat dua hala di Washington pada Khamis menurut Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat.
00:14Dalam satu kenyataan, USTR menyifatkan mesyuarat antara wakilnya, Jameson Greer dan Menteri Perdagang Industri dan Tenaga Korea Selatan, Anduk Kion, sebagai berhasil.
00:24Mesyuarat itu diadakan ketika Seoul terus berusaha mendapatkan pengecualian daripada tarif timbal balik dan mengikut sektor yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump.
00:32Dalam pertemuan yang produktif itu, Greer menegaskan keutamaan dasar perdagangan Amerika First, Presiden Trump dan kedua-dua pihak bersetuju tentang kepentingan untuk mencapai kemajuan segera dan bermakna.
00:44ke arah perdagangan yang saling memahami dan seimbang antara Amerika Syarikat dan Korea.
00:49Kedua-dua mereka terus membincangkan langkah seterusnya dan mengarahkan pasukan masing-masing untuk mengadakan perbincangan teknikal minggu depan menurut kenyataan itu.
00:56USTR terus mengaklumkan bahawa Greer di jadual menghadiri Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik AIPAC yang akan diadakan di Pulau Peranginan Korea Selatan, Jeju, bulan depan.

Recommended