Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan satu lawatan kajian khas di ibu negara pada Selasa ini (29 April) bagi memberi pendedahan kepada Ahli Parlimen mengenai kepentingan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar.
Transcript
00:00Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT akan menganjurkan satu lawatan kajian khas di Ibu Negara pada selasa ini bagi memberi pendedahan kepada Ahli Parlimen mengenai kepentingan rang undang-undang RUU Pembaharuan Semula Bandar.
00:18Menteri KPKT Ngakon Ming berkata jemputan rasmi telah dihantar kepada semua Ahli Parlimen termasuk Wakil Kerajaan dan Pembangkang awal bulan ini bagi menyertai program tersebut.
00:30Ngakon Ming berkata beliau ingin menjemput semua Ahli Parlimen termasuk Wakil Rakyat Pembangkang untuk bersama-sama kementerian melawat kawasan bandar yang daif dan uzur serta mengkaji kejayaan projek-projek pembaharuan semula yang telah dilaksanakan.
00:44Menurut Ngak, lawatan itu akan melibatkan tinjauan ke beberapa flat yang uzur bagi menilai keadaan semasa dan mengenalpasti isu-isu setempat yang dihadapi penduduk.
00:54Ahli Parlimen juga berpeluang melihat sendiri projek pembaharuan semula bandar yang berjaya di mana flat-flat lama telah dibangunkan semula menjadi kawasan kediaman modern, selesa dan berdaya huni.
01:06Ngak yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, menerusi inisiatif itu, kementerian berhasrat menampilkan potensi RUU pembaharuan semula bandar dalam mempercepat usaha pembaharuan kawasan tidak selamat serta memperbaiki kualiti hidup penduduk bandar.
01:19Tambah beliau, pihaknya telah mengatur tiga buah bas dari Parlimen untuk membawa semua ahli Parlimen melihat sendiri keadaan usang dan naif di beberapa flat kos rendah yang sangat memerlukan perhatian segera.
01:31Katanya lagi, lawatan itu bertujuan mendekankan keperluan mendesak untuk penggubalan RUU berkenaan.
01:37RUU pembaharuan semula bandar yang telah dirangka sejak 2013 dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.
01:43Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan mempercepat proses pembaharuan dan pemeliharaan bandar menerusi penurunan ambang persetujuan oleh penduduk, khususnya bagi bangunan yang tidak lagi selamat untuk didiami.

Recommended