Kerajaan membina kolam takungan air pelbagai guna sebagai usaha mitigasi banjir dan mengurangkan kerugian akibat bencana alam. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kolam ini juga akan digunakan sebagai simpanan air semasa kemarau.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan mengambil pendekatan membina kolam takungan air
00:03pelbagai guna sebagai antara usaha mitigasi banjir dalam negara
00:07sekaligus mengurangkan kerugian akibat bercanda alam itu.
00:11Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof,
00:13ia bukan sahaja akan menakung jumlah air hujan yang banyak
00:16tetapi digunakan sebagai simpanan apabila musim kemarau.
00:20Fadillah berkata kolam takungan ini akan digunakan sebagai simpanan air
00:24apabila berlaku kemarau memastikan mempunyai sumber air.
00:27Jelasnya air ini boleh diproses untuk bekalan pelbagai kegunaan
00:31sama ada bagi minuman, pertanian, industri dan sebagainya
00:35dan ini adalah antara pendekatan yang sedang dilaksanakan.
00:38Menjelaskan selanjut, Fadillah berkata mitigasi banjir perlu dilaksanakan segera
00:42kerana perubahan iklim yang ketara ketika ini memberi kesan kepada cuaca di Malaysia
00:47seterusnya mengakibatkan pelbagai bercanda alam termasuk banjir yang berpunca daripada hujan lebat.
00:52Ia juga untuk memastikan kesan banjir dapat dikurangkan kepada rakyat,
00:56kesan kerugian dari segi keuangan bukan sahaja kepada rakyat
01:00tetapi juga kepada negara kerana pernah berlaku banjir besar
01:03yang menyebabkan kerugian RM3 bilion termasuk kos pemulihan dan sebagainya.