Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
KKM membantu mangsa jenayah seksual di bawah umur melalui Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC) di setiap hospital. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata OSCC memberi perkhidmatan menyeluruh dan bekerjasama dengan agensi lain.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM membantu mangsa jenayah seksual di bawah umum melalui pusat hikmat krisis bersepadu OSCC yang disediakan di setiap hospital seluruh negara.
00:11Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata OSCC ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumah tangga.
00:20Katanya kes sedemikian yang dirujuk di bawah OSCC akan memudahkan agensi lain untuk terus sama memainkan peranan seperti Kementerian Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia.
00:31Jelasnya KKM bukanlah sebagai agensi utama dalam menangani isu sebegini tetapi pihaknya akan terus memberi kerjasama dengan pihak lain supaya insiden sebegini tidak lagi berlaku di seluruh negara.
00:41Selain itu KKM juga mengambil pendekatan dengan memberi pendidikan dalam konteks kesihatan seksual terutama kepada kanak-kanak serta remaja bawah umur.
00:48Inisiatif untuk menangani masalah seperti kes Rogol dan Sumbang Mahram sebagai contohnya akan dibincangkan ke mesyuarat kabinet jika mendapat persetujuan atau pandangan semua pihak.
00:58Dr. Zulkifli berkata bagaimanapun isu ini bukan sahaja difokuskan untuk negeri Kelantan malah di negeri lain juga agar negara terus selamat dan bebas daripada kes terbabit.

Recommended