Pembinaan LRT Laluan Mutiara bermula suku keempat 2026. Laluan ini merangkumi 21 stesen dan menghubungkan PSR-A dengan Penang Sentral dan Stesen Komtar di George Town.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerja-kerja pembinaan berskala besar untuk projek transit aliran ringan LRT Laluan Murtiara dijangka bermula pada suku keempat 2026.
00:09Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Muhammad Zarif Hashim, berdasarkan kemajuan semasa, kontraktor akan memulakan penyiasatan tapak di sepanjang jajaran yang dicadangkan sebelum mereka bentuk akhir dimutamankan.
00:22Jelasnya penyiasatan tapak telah dilakukan sebelum ini dan telah mempunyai data namun terdapat keadaan atau lokasi tertentu yang memerlukan kemas kini oleh kontraktor.
00:31Ini kerana penyiasatan tapak yang terdahulu dilakukan sekitar 2018 dan sudah agak lama.
00:37Justerah itu katanya kontraktor perlu menjalankan satu pusingan penyiasatan tapak yang baharu.
00:41Mengulas lanjut, Muhammad Zarif berkata reka bentuk berkenaan perlu mengambil kira keadaan tanah terkini serta infrastruktur utiliti bawah tanah sedia ada yang mungkin memerlukan pemindahan.
00:50Beliau berkata adalah perkara biasa pada tahun-tahun awal, projek seperti laluan LRT mengikuti trajektori lengkung S dengan kemajuan akan meningkat secara ketara selepas mencapai tahap kritikal tertentu.
01:01LRT laluan mutiara sejauh 29.5km merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang meliputi jajaran sejauh 29.5km.
01:14Ia akan menghubungkan PSRA dengan Pining Central dan stesen Komtar di Georgetown dan tren beroperasi secara begili-gili di kedua-dua laluan untuk liputan yang lebih luas.