Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
SPRM berjaya merampas, membeku, dan melucut hak aset bernilai lebih RM285 juta pada 2024 dalam usaha membanteras jenayah rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ini membuktikan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan usaha memulihkan hak rakyat yang dikhianati.
Transcript
00:00Suruhanjaya Pesuruhanjaya Rasuah Malaysia SPRM berjaya merampas, membeku dan melucut hak aset sektor mengenakan kompaun yang kesemuanya bernilai lebih RM285 juta pada 2024 dalam usaha membantras jenayah rasuah.
00:14Menurut Ketua Pesuruhanjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ia membuktikan penguatkuasaan dan undang yang dijalankan oleh pihaknya adalah berkesan dan agensi itu bukan sekadar menyiasat, malah memulihkan kembali hak rakyat yang telah dikhianati.
00:27Beliau berkata, siasatan dan pemulihan aset yang dijalankan oleh SPRM bukan perkara yang mudah selain memerlukan ketekunan, kebijaksanaan, kerjasama dan kolaborasi negara lain serta penglibatan media untuk memberi liputan seimbang, berinformasi dan memberi keyakinan kepada rakyat.
00:42Jelasnya bagi suku pertama tahun ini, SPRM mencatatkan nilai sitaan aset terbesar sepenyak RM177 juta melibatkan wang tunai dan jongkong emas yang terkait dengan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.
00:55Azam berkata pihaknya akan terus memperkukuh tumpuan terhadap kes rasuah berskala besar, berperfal tinggi dan berkepentingan awam.
01:02Beliau berkata, siasatan agensi itu sentiasa dijalankan dengan prinsip bebas, telus serta profesional berlandaskan undang-undang dan tanpa sebarang campur tangan politik.
01:11Siasatan kes-kes berperfal tinggi membuktikan bahawa SPRM bertindak tanpa takut atau pelikasi, tidak kira individu yang terlibat adalah bekas pemimpin tertinggi negara, wakil rakyat negeri ataupun pengarah syarikat-syarikat besar.
01:22Azam juga berkata ia bagi memastikan setiap sin hasil daripada amalan rasuah dan penyelewengan dapat dikembalikan semula kepada rakyat.

Recommended