MITI sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan bahawa konsep reka bentuk Pavilion Malaysia untuk Ekspo Dunia 2025 Osaka telah digunakan tanpa kebenaran.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Pelaburan, Pergangan dan Industri MITI jalankan siasatan berhubung dawaan. Konsep reka bentuk pavilion Malaysia untuk Expo Dunia 2025 di Osaka telah digunakan tanpa kebenaran.
00:12Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MITI memaklumkan siasatan bagi mengumpul serta mengesahkan semua fakta berkaitan dawaan yang tular di media sosial.
00:21MITI menjelaskan semua fakta berkaitan dawaan individu tersebut dikumpul dan disahkan dengan teliti.
00:27Kementerian turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap dawaan berkenaan.
00:32Kementerian juga akan menggunakan segala hak undang-undang yang tersedia sekiranya tindakan sedemikian diperlukan untuk mempertahankan integriti serta kepentingan negara.
00:40MITI mengaklumkan tindakan undang-undang akan diambil apabila perlu bergantung kepada hasil siasatan dan bukti yang dikumpulkan sepanjang proses tersebut berlangsung.
00:48Dawaan tersebut melibatkan seorang pereka tempatan yang mendakwa bahawa konsep reka bentuk asal pavilion Malaysia telah digunakan tanpa kebenaran dalam penyediaan projek untuk Expo Dunia 2025.
00:58Expo Dunia 2025 Osaka merupakan platform penting bagi Malaysia untuk mempamerkan keupayaan dalam pelaburan, perdagangan dan inovasi di peringkat global selain menarik pelabur berkualiti tinggi ke negara ini.
01:09Terima kasih telah menonton!