Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Memetik Reuters, rakaman video menunjukkan rumah-rumah tersebut musnah sepenuhnya, dengan penduduk sekitar berkumpul untuk menyaksikan kejadian itu.
Transcript
00:00Pihak berkuasa India di Kashmir pada Jumaat merubuhkan rumah milik dua individu yang disyaki pengganas.
00:06Salah seorang daripadanya didakwa terlibat dalam serangan maut terhadap pelancong di Pahalgam awal minggu ini.
00:15Memetik Reuters rakaman video menunjukkan rumah tersebut musnah sepenuhnya dengan penduduk sekitar berkumpul untuk menyaksikan kejadian itu.
00:24Tindakan ini merupakan sebahagian daripada pendekatan dikenali sebagai keadilan jentolak.
00:28Melalui konsep ini, kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah parti Bharatya Janata, pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi telah merubuhkan apa yang mereka dakwa sebagai rumah atau kedaharam milik individu yang dituduh melakukan jenayah.
00:45Mahkamah Agung India telah mengecam amalan ini dan mengeluarkan garis panduan untuk memastikan proses yang adil.
00:51Ia termasuk keperluan pemberian notis awal dan dokumentasi video semasa proses perubuhan dijalankan.
00:59India menduduh kumpulan pengganas yang berpangkalan di Pakistan bertanggungjawab atas serangan Pahalgam yang mengorbankan 26 pelancong.
01:08Sementara itu, Pakistan menafikan pelibatan dan memberi amaran sebarang tindakan lanjut dari India akan dihadapi dengan langkah yang tegas.

Recommended