Sebuah kapal milik Tentera Laut Mexico melanggar Jambatan Brooklyn pada malam Sabtu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sebuah kapal milik Tentera Laut Meksiko melanggar Jabatan Brooklyn pada malam Sabtu.
00:05Kejadian itu menyebabkan bahagian atas tiangnya patah dan mencederakan 10 orang termasuk 4 yang dilaporkan parah.
00:15Menurut pihak berkuasa, kapal tersebut sedang berlayar di bawah jambatan ikonik yang menghubungkan daerah Brooklyn dan Manhattan
00:22sebelum tiangnya tersangkut dan bertembung dengan struktur jabatan.
00:26Datuk Bandar New York, Eric Adams memaklumkan semua individu yang cedera berada di atas kapal terbabit.
00:32Rakaman video menunjukkan beberapa individu berpakaian seragam putih seperti kelasi kelihatan bergantung pada palang silang kapal sewaktu pelanggaran berlaku.
00:41Insiden teruk mencetuskan kekecohan di kawasan sekitar South Street Seaport berhampiran tapak kejadian
00:47apabila orang awam dilihat berlari menjauhi kapal yang menghampiri jambatan tersebut.
00:51Setakat ini, Jabatan Polis New York, NYPD masih belum dapat mengesahkan secara terperinci bagaimana kecederaan berlaku.
00:59Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan punca insiden dan langkah keselamatan yang perlu diambil.
01:05Jabatan Brooklyn yang dibina pada tahun 1883 merupakan antara mercu tanda bersejarah dan tarikan pelancongan utama di New York
01:14serta laluan penting antara Manhattan dan Brooklyn.
01:16Terima kasih telah menonton!