Pembangunan pesat dalam sektor robotik humanoid di China tidak akan menyebabkan pengangguran besar-besaran atau menggantikan tenaga kerja manusia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pembangunan pesat dalam sektor robotik humanoid di China tidak akan menyebabkan pengangguran besar-besaran atau menggantikan tenaga kerja manusia.
00:11Di malam pengarah Kawasan Pembangunan Ekonomi Teknologi Beijing, BDA, Liang Liang menyatakan bahawa robot humanoid dibangunkan bukan untuk mengambil alih tugas manusia tetapi untuk meningkatkan produktiviti dan menjalankan tugas berbahaya yang sukar untuk manusia lakukan.
00:26Katanya robot tidak akan menyebabkan manusia hilang pekerjaan, sebaliknya ia akan meningkatkan kecekapan atau mengambil alih tugas-tugas yang manusia tidak sanggup lakukan seperti meneroka alam semester atau dasar laut yang dalam di mana manusia tidak mampu pergi.
00:43Jelasnya apabila malam menjelma dan manusia perlu berehat, mesin boleh terus bekerja menghasilkan produk yang lebih baik, murah dan mesra pengguna.
00:53Beliau turut menjelaskan bahawa acara separuh maraton robot pertama dunia yang diadakan bulan lalu di Beijing direka bagi memperlihatkan bagaimana robot ini akan menjadi pembantu kepada manusia, bukannya pesaing.
01:07Jelasnya dalam maraton ini manusia berlomba di laluan mereka sendiri untuk menguji hat fizikal, manakala robot mencabar keupayaan mereka di laluan berasingan tetapi mereka tidak cuba mengambil alih laluan manusia.
01:20Temubual tersebut diadakan di ibu pejabat ex-humanoid atau Pusat Inovasi Robot Humanoid Beijing.
01:27Robot andalan mereka, Tianggong Ultra, dipamerkan bersama pingat kemenangan selepas menjuarai separuh maraton tersebut.
01:35Robot itu menarik perhatian media dengan mempamerkan kemahiran lariannya yang mampu mencecah kelajuan 12 km per jam.
01:42Selain Tianggong Ultra yang berfokus kepada sukan, pusat itu turut mempamerkan robot prototip lain yang melakukan tugas seharian seperti membersih gigi dan mengambil ubat dari farmasi.
01:54Meskipun terdapat kebimbangan mengenai potensi penggantian pekerjaan oleh robot, Beijing melihat teknologi ini sebagai penyelesaian kepada kekurangan ternyata kerja.
02:05Ini khususnya dalam sektor penjagaan warga emas yang semakin mendesak berikutan penuaan penduduk Cina yang berjumlah 1.4 bilion.
02:13Menurut laporan Morgan Stanley, sektor ini kini berkembang pesat dengan 31 syarikat Cina memperkenalkan 36 model robot humanoid baru pada tahun 2024, jauh mengatasi 8 model yang diperkenalkan oleh syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat.
02:29Pihak berkuasa Cina menekankan bahawa pembangunan robot humanoid adalah untuk menyokong pembangunan sosial dan ekonomi negara, bukan menggantikan peranan manusia secara menyeluruh.
02:43Terima kasih telah menonton!