Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Polis berjaya menumpaskan rangkaian pengedaran dadah apabila seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia, Batu Pahat, Rabu lalu.

Serbuk disyaki ekstasi seberat 9.4 kilogram dan ketamin seberat 460 gram dirampas dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.6 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dia anggar bernilai RM1.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia, Batu Pahat, Rabu lalu.
00:10Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ECP Syahrul Anwar Musyadhat Abdullah Sani pada Sabtu berkata,
00:16lelaki terbabit yang disyakki aktif mengedar dadah sejak sebulan lepas ditahan kira-kira 7.45 malam berdasarkan maklumat dan risikan dijalankan.
00:26Pemeriksaan di rumah itu menemukan serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 9.4 kilogram dianggar bernilai RM1.58 juta
00:37dan dadah disyaki ketamin seberat 460 gram dianggar berjumlah RM23,000.
00:44Kata Syahrul Anwar lagi, lelaki itu menjalankan aktiviti berkenaan secara bersendirian
00:50dengan menjadikan rumah tersebut sebagai store dan lokasi bagi pembungkusan semula dadah.
00:56Manakala dadah itu jika dipasarkan mampu digunakan kira-kira 47,000 penagih.
01:02Polis turut menyita sebuah kereta dan wang tunai RM45,000.
01:07Saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak memiliki rekod jenayah lampau.
01:13Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Recommended