Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghulurkan sumbangan kepada keluarga kanak-kanak perempuan, Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain yang ditemui lemas di Sungai Balok, Kuantan, Pahang, Ahad lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga kanak-kanak perempuan Nur Afia Ramadhani Zulkurnain yang ditemui lemas di Sungai Balok, Kuantan, Pahang ahad lalu.
00:12Sumbangan itu disampaikan setiusa politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi mewakili Anwar kepada Ibu Arwah Masitah Latifah Adam 42 tahun ketika meziarahi keluarga terbabit di kampung Sungai Ular, Kuantan.
00:26Mangsa berusia tujuh tahun itu dilaporkan hilang semasa mengikut ibunya mencari kepah di Sungai Balok ketika berkelah bersama keluarga berhampiran JT di Muara Sungai Berkenaan.
00:38Beliau berkata ia merupakan kejadian yang pilu mengenangkan tragedi yang meragut nyawa seorang anak kecil yang masih dalam lingkungan usia riang dan ceria.
00:47Bagi pihak Perdana Menteri, pihaknya turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan ihsan atas kehilangan amat menyentuh perasaan ini.
00:57Beliau mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian amat berat ini.
01:03Terima kasih telah menonton!

Recommended