KPM umum semakan kemasukan Tingkatan Enam dibuka esok, termasuk rayuan serta program rintis baharu di UKM dan USM bagi lepasan SPM 2024.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Semakan tawaran kemasukan ketingkatan 6 semester 1 tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok.
00:08Kementerian Pendidikan KPM memaklumkan bahawa calon boleh menyemak melalui pautan yang disediakan atau hadir ke sekolah asal masing-masing untuk maklumat lanjut.
00:19Pelajar yang tidak menerima tawaran boleh membuat rayuan mulai 19 hingga 25 Mei.
00:24Keputusan rayuan boleh disemak menggunakan kaedah yang sama iaitu dalam talian atau melalui sekolah bermula 3 Jun nanti.
00:33Mulai tahun 2025, KPM akan melaksanakan program pendidikan tingkatan 6 di Universiti Awam secara projek rintis terpilih.
00:40Program ini dilaksanakan melalui kerjasama silang antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi KPT di dua universiti awam.
00:47Dua universiti terlibat ialah Universiti Kebangsaan Malaysia UKM dan Universiti Sains Malaysia USM untuk pelaksanaan awal program tersebut.
00:57Program ini akan menawarkan dua bidang pengajian utama iaitu Sains dan Sains Sosial untuk pelajar tingkatan 6 yang layak.
01:04Lepasan sijil pelajaran Malaysia SPM 2024 yang menerima tawaran tingkatan 6 dan memenuhi syarat boleh memohon program tersebut.
01:13Permohonan kemasukan program pendidikan tingkatan 6 di Universiti Awam dibuka mulai 19 hingga 25 Mei 2025.
01:22Keputusan permohonan program ini boleh disembak secara dalam talian pada 3 Jun melalui pautan rasmi yang tertera.
01:29KPM terus memaklumkan bahawa semua pelajar yang menerima tawaran perlu melapor diri di pusat tingkatan 6 yang ditetapkan.
01:35Tarikh pelaporan diri ditetapkan pada 10 Jun dan maklumat pusat akan dinyatakan dalam surat tawaran pelajar masing-masing.