Sekurang-kurangnya 23 orang disahkan maut selepas ribut kuat melanda beberapa kawasan di Midwest dan Selatan Amerika Syarikat sejak Jumaat lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sekurang-kurangnya, 23 orang disahkan maut selepas ribut kuat melanda beberapa kawasan di Midwest dan Selatan AS sejak Jumaat lalu.
00:10Menurut pihak berkuasa, Missouri, Kentucky dan Virginia merupakan antara negeri yang paling terjejas akibat fenomena cuaca ekstrim tersebut.
00:18Di Missouri, Datuk Bandar St. Louis, Kara Spencer mengesahkan 5 kematian dan 38 individu cedera, manakala lebih 5,000 kediaman mengalami kerosakan akibat ribut tersebut.
00:32Sementara itu di Kentucky, Governor Andy Basher memaklumkan bahawa seramai 14 orang maut di seluruh negeri itu akibat cuaca buruk dan angka korban dijangka meningkat, berikutan masih terdapat operasi mencari dalam nyelamat yang sedang dijalankan.
00:46Cuaca buruk itu merupakan sebahagian daripada sistem ribut besar yang turut meragut tujuh nyawa di Missouri dan dua lagi di utara Virginia.
00:55Selain menghasilkan puting beliung di Wisconsin, sistem tersebut juga menyebabkan gelombang haba teruk di Texas dan debu tebal menyelubungi beberapa kawasan di Illinois, termasuk Chicago, walaupun cuaca pada ketika itu cerah.
01:10Pihak berkuasa memberi amaran bahawa keadaan cuaca tidak menentu dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang.
01:16Pihak berkuasa juga menasibkan orang ramai agar berwaspada serta mengikuti perkembangan terkini daripada agensi meteorologi tempatan.