Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
MCMC akan memperinci liputan 4G mengikut telco selepas dapati jurang ketara antara syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC akan menjalankan kajian terperinci terhadap perbezaan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk.
00:09Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fazil berkata, kajian ini akan melibatkan syarikat telekomunikasi, Telco, di pelbagai lokasi seluruh negara.
00:17Fahmi menjelaskan bahawa walaupun liputan 4G di Malaysia telah mencapai agrigir liputan di kawasan berpenghuni sebanyak 92% di Sarawak dan 98.7% di peringkat nasional pada suku pertama 2025,
00:35terdapat perbezaan ketara antara Telco dengan sesetengah hanya mencapai 76%, manakala yang lain mencecah sehingga 86%.
00:43Beliau menyatakan bahawa MCMC telah diarahkan untuk menganalisis liputan di kawasan berpenghuni setiap Telco secara terperinci termasuk di peringkat negeri dan nasional bagi mengenalpasti tahap sebenar liputan yang disediakan oleh syarikat-syarikat tersebut.
00:59Fahmi turut menegaskan bahawa pelanggan internet perlu mendapat liputan menyeluruh di seluruh negara kerana bayaran langganan yang dibuat tidak seharusnya hanya menjamin akses di lokasi-lokasi tertentu sahaja.
01:09Menurut beliau, perkhidmatan 4G mesti tersedia di seluruh negara dan kerajaan komited memastikan perkongsian rangkai yang lebih baik antara syarikat Telco melalui satu rangka kerja rasmi yang telah diterbitkan baru-baru ini.
01:22Terima kasih telah menonton!

Recommended