Tiga suspek dalang utama dadah antarabangsa dicekup polis
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tiga saudara lelaki di Cekup disyaki menjadi dalang utama sindikit pengedaran dadah antarabangsa berpangkalan di Amerika Latin yang menggunakan Malaysia sebagai pusat transit sebelum dadah dihantar ke Korea Selatan dan Jepun.
00:14Ketiga-tiga suspek berusia 27, 38 dan 39 tahun itu berjaya diberkas dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik JSJN Bukit Aman di sebuah rumah tiga tingkat di Taman Nadayu Kajang pada 24 April lalu.
00:31Pemangku pengarah JSJN Bukit Aman, Deputi Komisional Muhammad Zaini Elayas Muhammad Salahuddin Ciali berkata ketika ditahan ketiga-tiga suspek sedang leka membungkus syabu dalam rumah yang dijadikan pusat pemprosesan dadah.
00:44Jadi keseluruhan anggaran berat dadah dan yang kita rampas daripada tiga store ini, untuk syabu kita berjaya merampas 1,986 kg, ketamin 97 kg dan ketulang ekstresi 82 kg.
01:07Keseluruhan dadah yang kita rampas ini, anggaran berat dia 2.165 ton dengan nilai rampasan ataupun nilai pasaran yang dianggarkan 82.14 juta ringgit.
01:27Siasatan awal mendapati dadah itu diseluduk masuk ke Malaysia, menggunakan kontena kapal besar dan dibungkus dalam bungkusan Lutsina disyaki masuk melalui pelabuhan Kelang.
01:38Difahamkan dadah berkenaan untuk dihantar ke Korea Selatan dan Jepun yang mana 1 kg syabu dengan harga mencecah lebih RM400,000.
01:46Kesemua suspek dikenalpasti sebagai pemain utama sindiket dan bukan hanya mengurus pembungkusan dan penghantaran di peringkat tempatan,
01:54malah dipercayai mempunyai hubungan langsung dengan pengedar dari Amerika Latin.
01:59Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
02:05Terima kasih kerana menonton!