Sekurang-kurangnya 65 peratus rakyat Palestin yang maut dalam serangan tentera Israel di Gaza adalah wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sekurang-kurangnya, 65% rakyat Palestine yang maut dalam serangan tentera Israel di Gaza adalah wanita, kanak-kanak dan warga emas.
00:09Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan yang berpengkalan di Gaza mengesahkan bahawa
00:13lebih 18,000 kanak-kanak dan 12,400 wanita terkorban sejak 7 Oktober 2023 dalam serangan tentera Israel
00:22selain memusnahkan 2,180 keluarga secara keseluruhannya.
00:28Selain itu, 5,070 keluarga lain kini hanya tinggal seorang ahli keluarga sahaja yang masih hidup.
00:37Serangan Israel turut mengorbankan 1,400 petugas perubatan, 212 wartawan dan 750 pekerja bantuan.
00:47Kenyataan itu turut menyebut bahawa serangan sistematik telah menyebabkan sistem kesihatan Gaza runtuh
00:52dan mereka berusaha untuk menutup kebenaran.
00:55Kenyataan itu mengesahkan bahawa fakta di lapangan bersama-sama keterangan daripada juruterbang Israel
01:00dan kebocoran maklumat ketenteraan yang didedahkan oleh Organisasi Hak Asasi Manusia
01:05mengakui pengeboman ke atas rumah-rumah orang awam dan kawasan kejiranan dilakukan secara sengaja.
01:12Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac sekaligus menamatkan perjanjian
01:18kejatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada 19 Januari.
01:23Lebih 52,200 rakyat Palestine terkorban dalam serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023,
01:30kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.