Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mendakwa terdapat cubaan oleh sebuah parti politik dari Malaysia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya negara itu.
Transcript
00:00Pada Menteri Singapura, Lawrence Wong mendakwa terdapat cubaan oleh sebuah parti politik dari Malaysia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya negara itu.
00:10Bercakap ketika kempen Parti Tindakan Rakyat PAP pada Sabtu, Lawrence Wong turut memberi amaran tentang bahaya mencapur adukkan agama dalam politik selain menyeru rakyat supaya tidak memilih berdasarkan kaum ataupun agama.
00:24Sementara itu, Ketua Parti Pekerja WP, Kritam Singh menegaskan pihaknya menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan politik tempatan.
00:33Amaran ini selepas kerajaan mengarahkan syarikat Meta Platform, Inc. untuk menurunkan beberapa iklan Facebook yang didakwa diterbitkan oleh pihak asing sepanjang tempoh pilihan raya menurut Kenyataan Kementeran Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Pilihan Raya Singapura pada Jumat.
00:49Undang-undang melindungi pilihan raya Singapura daripada campur tangan asing telah diperkenalkan sejak 4 tahun lalu susulan kebimbangan terhadap keselamatan nasional.

Recommended